Sabtu, 17 Mei 2008

Membuat Border Gambar

Terdapat beberapa teknik yang boleh digunakan untuk membuat border gambar dalam Photoshop. Untuk tutorial ini, saya akan gunakan teknik stroke.


Gambar asal.

1) Masukkan / Salin gambar di atas ke dalam Adobe Photoshop

2) Pilih keseluruhan kawasan gambar dengan menekan (Ctrl + A)

3) Pilih menu Edit -> Stroke


Gambarajah: Stroke

4) Masukkan nilai lebar (width). Semakin tinggi nilai, semakin tebal border anda. Pilih warna border jika perlu.

5) Klik OK


Hasil

Mengubah dan membesarkan mata (adobe photoshop)

Tutorial ini akan menunjukkan cara bagaimana untuk membesarkan mata seseorang menggunakan Adobe Photoshop. Saya ambil contoh foto Fazura berikut:




1) Pilih bahagian mata sebelah kanan menggunakan "Rectangular Marquee", klik kanan dan pilih "Layer via Copy". Lihat Rajah 1


Rajah 1

2) Satu layer baru akan dihasilkan dalam Layers. Lihat rajah 2


Rajah 2

4) Pilih layer "mata kanan" dan tekan kekunci CTRL + T

5) Dalam "Options", tekan butang "Maintain Aspect Ratio", kemudian naikkan saiz kelebaran (width) kepada 120%. Lihat Rajah 3


Rajah 3

* Ulang langkah 1 hingga 5 untuk mata sebelah kiri.
Membersihkan Bahagian Mata
Selepas selesai membesarkan saiz kedua-dua bahagian mata, sekarang anda perlu membersihkan sudut-sudut di bahagian matanya pula.



Untuk membersihkan sudut-sudut di bahagian mata, gunakan "Eraser Tool". Caranya ialah dengan memilih layer "mata kanan" dan padamkan sudut-sudut lebihan di sekitarnya menggunakan "Eraser Tool". Ulang cara yang sama untuk layer "mata kiri".

Lihat Hasilnya:



Halaman Berkaitan
Cara mewarna rambut

Membentuk kecerunan Warna (adobe photoshop

Apa itu kecerunan Warna?
Kecerunan warna ialah peralihan dari satu warna kepada warna yang lain. Anda boleh menghasilkan kecerunan warna melalui perisian Photoshop menggunakan Gradient Tool.

Untuk tutorial ini, saya gunakan imej di bawah berikut:



Masukkan imej di atas ke dalam perisian Photoshop. Kemudian pilih Gradient Tool dari Tool anda (Lihat Rajah 1):



Rajah 1: Gradient Tool

Langkah seterusnya ialah dengan memilih warna putih untuk Foreground dan warna hitam untuk Background. Pilihan ini juga terdapat di bahagian Tool (Lihat Rajah 3)



Rajah 3: Warna Foreground dan background

Untuk menghasilkan kecerunan, klik Linear Gradient dan pilih Foreground to Transparent (Lihat Rajah 4).



Rajah 4: Linear Gradient

Kemudian buat kecerunan lurus pada gambar. Caranya ialah dengan meletakkan tetikus pada bahagian hujung gambar, dan buat satu garisan lurus ke bahagian tengah gambar. (Lihat Rajah 5)



Hasilnya:



Efek yang anda dapat lihat ini dipanggil sebagai efek kecerunan (Gradient Effect). Dengan efek ini, anda boleh menghasilkan pelbagai jenis brosur, flyers, bunting, poster dan lain-lain bahan penerbitan dengan mencantumkan dua jenis gambar dan membuat pertindihan imej secara digital seperti yang dapat anda lihat pada contoh di bawah. Saya memasukkan teks "menjana pertumbuhan ekonomi" dan juga teks "Pertanian adalah perniagaan" di atas layer baru dan disusuli dengan sebuah logo Koridor Utara.



Selamat Mencoba!

Menambah row dan column dalam table menggunakan javascript